Rabu, 5 Mac 2014

Kelayakan Piala Asia 2015



SKUAD Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed, Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Namun Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C.


Yaman berpeluang mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid Mohammed Al-Khyat.

Pemain sayap Mohd Amri Yahyah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.



Antara gelagat penyokong skuad bola sepak Malaysia

Yaman hampir mengikat kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.


Bagaimanapun usaha pasukan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan rembatan yang menggegar gawang negara.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.


Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol untuk kemenangan Malaysia ke atas Yaman

Berikutan kemenangan itu, Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Walaupun Malaysia tidak bernasib baik untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, ucapan tahniah patut diberikan kepada pemangku jurulatih skuad bola sepak Malaysia kerana melalui latihan dan taktikal yang dicurahkan oleh Datuk Ong Kim Swee sehingga berjaya memenangi perlawanan perlawanan tersebut di laman lawan.

kisah selanjutnya boleh di ikuti di klik

Tiada ulasan: