Isnin, 14 Mac 2016

BANGUNLAH BANGSAKU, AYUH BERSATU


Kedudukan agama Islam dipersoal

Sejak kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam kelihatan agak lemas menangani asakan tanpa henti daripada pelbagai disiplin kehidupan. Kelihatan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan sudah mula dipersoalkan mereka yang menuntut kesamarataan agama.

Saki-baki hak keistimewaan orang Melayu yang tinggal pula mahu digantikan dengan hak kesamarataan atas alasan keadilan, begitu juga dalam soal pembinaan rumah ibadat. Malah, kalimah Allah yang digunakan secara eksklusif oleh orang Islam di negara ini pun hendak digunakan oleh agama lain.

Senario seumpama ini jelas menekan orang Melayu. Suara yang berkaitan dengan hak orang Melayu akan terus saja dilabelkan sebagai perkauman sempit, manakala yang berkaitan dengan hak kaum lain akan disifatkan sebagai hak asasi manusia.



Terkadang menjadi suatu yang dianggap berdosa hinggakan seseorang boleh kehilangan pangkat dan jawatannya hanya kerana mengingatkan khalayaknya akan sejarah penubuhan negara ini.


Sedangkan kita tahu sementara orang Melayu terus mendapat nikmat dalam bumi ini, kaum lain pun turut sama menuai hasil tanpa perlu berasa takut atau dianaktirikan. Tentu saja kita boleh meneliti statistik penganugerahan status warga negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sejak merdeka yang jelas menunjukkan betapa ramai kaum bukan Melayu menikmati anugerah ini.



Melayu kian hilang jati diri

Tahun demi tahun, orang Melayu kian hilang jati diri yang menjadi asas keutuhan sesuatu kaum. Tentunya orang Melayu tidak boleh hanya menyalahkan orang lain semata-mata. Orang Melayu perlu segera dikejutkan dan keluar dari zon selesa di tanah air sendiri. Satu masalah lazim yang ada bagi penduduk asal sesebuah negara adalah kegagalan mereka untuk keluar daripada kepompong keselesaan hingga mengakibatkan mereka menjadi lemah.

Apabila kita meneliti satu demi satu peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa tidak ada satu pun dalam peruntukan tersebut merujuk kepada terma Ketuanan Melayu. Apa yang dimaktubkan adalah hak keistimewaan orang Melayu. Sedikit hak keistimewaan yang ada ini sebenarnya sudah mencukupi untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan sebuah bangsa Melayu yang hebat.

Sebaliknya, hak keistimewaan ini tidak boleh lagi menjadi gula-gula bagi memapah bangsa Melayu kerana perlindungan melalui penguatkuasaan perundangan tidak akan selamanya boleh menjadikan bangsa Melayu menjadi bangsa yang kuat. Malah, ia boleh mengakibatkan orang Melayu dilihat sebagai kaum majoriti dengan suara minoriti. Dalam banyak keadaan, penguasaan ekonomi dan kuasa wang boleh saja meruntuhkan tembok dan pagar yang dibina bagi melindungi orang Melayu apatah lagi kita hidup dalam zaman yang mana kuasa wang diletakkan sebagai keutamaan paling tinggi dalam kehidupan kita.


Melayu kena berusaha untuk bersaing


Segmentasi bangsa masih diperlukan dalam negara kita bagi menentukan status maju mundurnya ekonomi, sosial dan pendidikan warga negaranya. Semua orang yang menerima hidayah Allah boleh memeluk agama Islam, tetapi tidak ada orang yang boleh menjadi Melayu atau Cina atau kaum apa sekalipun. Kita memang ditakdirkan untuk lahir sebagai seorang Melayu.


Pengakuan sesuatu bangsa itu sepatutnya tidaklah menjadi halangan untuk kita saling mengenali dan berbaik-baik sesama kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara merdeka, kerajaan perlu mengambil berat agenda pembangunan semua kaum yang ada dalam negara kita.


Pada masa sama, potensi yang ada pada setiap warga negara perlu terus diasah tanpa membezakan warna kulit bagi memastikan potensi yang ada dapat membantu menaikkan martabat negara kita. Begitupun, ini bukan pula bermakna bahawa peruntukan yang menjadi teras dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi penting.


Masalahnya, ialah apabila ada segelintir rakyat yang menjuarai hak sama rata dengan semua kaum sedangkan peruntukan yang khusus berkaitan Melayu dan status Agama Islam seolah-olah dikesampingkan pula. Masanya sudah tiba untuk kita lebih menitikberatkan pemahaman setiap warga negara akan teras pembinaan negara ini.


2015 telah melabuhkan tirainya, manakala 2016 sudah menjelma dengan harapan orang Melayu akan bangkit daripada kealpaan lalu bingkas memperkukuhkan penyatuan dalam talian agama Islam tanpa mengira fahaman politik bagi menjadi tiang seri negara ini.





Ahad, 24 Mei 2015

SIMPTOM KEROSAKAN KIPAS AIRCOND MYVI

Jam ditangan dah menunjukkan 12:30 tengahari. Awal pagi ayah dah telefon nak makan tengahari bersama katanya. Lepas bersiap (lelaki bersiap tak ada la lama, 15 ke 20 minit je) saya terus ambil kunci kereta. Waktu keluar dari tempat parking kereta,saya 'ON' aircond, bukan main sejuk rasanya, tambahan pula waktu panas terik. Tiba-tiba.......

Aircond tidak sesejuk tadi, yang ada hanya rasa angin. Habis kena bawa ayah pergi makan tanpa guna aircond, basah baju dibuatnya. Dalam fikiran terbayang "harap-harap hanya gas aircond yang habis, x sanggup nak keluar duit banyak jikalau compressor yang rosak"

Seminggu pergi ke tempat kerja tanpa menggunakan aircond. Hujan panas kena redah juga. Waktu panas, basah baju dek kerana tanpa aircond. Tambahan pula kereta myvi saya luar dalam hitam. waktu hujan pula, habis berkabus semua cermin.

Pernah cuba 'ON' aircond. Masalahnya kereta kadang-kadang jalan tersengguk-sengguk (macam itik pulang petang pulak...hahahaha). Selain itu, bahagian 'compressor' pula berbunyi kuat. Takut juga dibuatnya, mana la tahu 'compressor' tu rosak nanti komponen lain pula yang rosak sama. Pernah sekali pecut turun ke pejabat takut terlewat....al maklum la kan...selepas solat Jumaat...sedang asyik mengunyah makan tengahari..tup tup dah lewat. Sambung balik cerita tadi...macam novel dah pulak... waktu pecut tu tiba-tiba saya lihat meter temperature naik dari paras biasa..Aduh, saya ter'On' aircond. Tak boleh dibiarkan ni, 'OFF' terus aircond...esok kena pergi bengkel juga la nampaknya...biar la duit melayang asal kerosakan tidak merebak.


Pagi sabtu terus saya ke bengkel. Semalam dah buat appointment sebenarnya. Tibanya ditempat parking depan bengkel 'taukey' dah bagi signal suruh buka bonet depan. Dia suluhkan semua sistem perpaipan aircond. "Aiya, kamu punya fan motor suda rosak ow". Saya terus la tanya berapa kalau nak ganti baru. "saya kasi kamu RM200 la sama pasang". Ok, satu bengkel dah letak harga RM200 sekali pasang. Saya pun apa lagi, terus maklumkan kepada 'taukey' perlu pergi bank dulu. Sebenarnya, saya pergi ke bengkel-bengkel yang lain nak sahkan kerosakan dan tanya harga.'Taukey' bengkel ni maklumkan 'fan motor' sudah rosak. Langkah seterusnya saya pergi ke kedai 'sparepart', "RM200" bawa balik. Maksudnya saya dah buat keputusan akan menghantar kereta ke bengkel yang pertama.


kipas_myvi
BILAH KIPAS YG TIDAK BERPUSING/ROSAK
Pagi isnin saya pergi ke bengkel yang pertama minta ditukar 'fan motor'. 'Taukey' kedai macam lupa pula saya pernah datang hari sabtu yang lepas. Dia menyuruh mekanik menukar dengan 'fan motor' yang baru, brand DENSO. DENSO ni memang sparepart original untuk PERODUA tetapi tak tahu la ketulenan yang ada pada bengkel-bengkel di Malaysia.
MYVI FAN MOTOR

Mekanik yang servis kereta saya itu sempat juga bertanya, "aircond kereta abang ni sekejap sejuk, sekejap panas ke?"

Saya hanya mengangguk tanda 'mengiakan' persoalan yang telah terjawab tempoh hari. Sempat juga mekanik tersebut memberitahu fungsi 'fan motor' untuk kereta. Kipas itu berfungsi untuk menyejukkan enjin, dan juga menyejukkan udara air-cond sebelum ke compressor.

Selesai sahaja mekanik menyiapkan kerjanya, saya terus rasa aircond dalam kereta yang telah 'start sejak mula'. Barulah saya faham dan percaya kerosakan 'fan motor' memang mengganggu sistem 'aircond'. Bunyi yang keluar dari bahagian 'compressor' pun sudah tidak ada lagi. Alhamdulillah hilang sudah keserabutan yang hadir dalam kepala. Saya hulurkan RM200 kepada 'taukey' dan mengucapkan terima kasih kepada mekanik tadi.

Rabu, 21 Mei 2014

TIPS PENJAGAAN KERETA

(AMALAN ASAS PENJAGAAN KERETA)

A. MINYAK ENJIN
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

B. TAYAR
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.

C. CUCI KERETA
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..


D. STERENG KERETA
Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat


Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Sistem Brek

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.


Kereta Baru

Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.
 

Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.
Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

SELENGGARA KERETA ANDA APABILA:
Semakin ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke
tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.

Biasanya, buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli kereta. Saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.

Perkara-perkara yang perlu disenggarakan pada bahagian enjin ialah:
+ Menukar minyak enjin
+ Menukar penapis minyak enjin
+ Menukar penapis udara
+ Menukar tali sawat injap
+ Melaras tali sawat
+ Enjin coolant (air radiator)
+ Melaras kelegaan injap (valve clearance)
+ Sambungan paip dan hose radiator
+ Pemegang enjin (engine mounting).

Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
+ Sistem penyejukan (cooling system)
+ Sistem pelinciran (lubrication system)
+ Sistem bahan api (fuel system)
+ Sistem nyala (ignition system)
+ Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
+ Sistem pemula (starting system).

Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar
enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:

MENUKAR MINYAK ENJIN
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.

Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.
Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang barn
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.


PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali
memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN

Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

B. PEMERIKSAAN ENJIN

Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

C. PEMERIKSAAN DALAMAN

Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT

Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala

Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?

Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol
kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin
kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.

5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta



LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

1.Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak
memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan
rehat menggunakan peta.

2. Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika
itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja
atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

3. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

4. Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

5. Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan
air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat,
lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.

Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan
angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti
minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta
memeriksa getah pengelap cermin.


BATERI ROSAK BOLEH DIBAIKI

Bateri adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan
selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.

Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum
memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai
aksesori kereta.

Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian
daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.

Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya
ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga
boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positifbateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke
bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.

CUCI KERETA

Pemilik kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik,cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

TIPS BADAN KERETA KALIS AIR


Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body) ialah kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari… kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah… malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.

Rahsia saya ialah… ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1.Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2.Bilas dengan air biasa dahulu.
3.Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaian.
4.Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam
penyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5.Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda
akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap… .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.

Dengan cara ini… anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh
ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak
kotor sangat).

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.


TIPS PENJAGAAN AIRCON

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh
compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa
kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat
tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai
bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih
ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon.
Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak
bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan
dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih
murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi
pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya
kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang
dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya
anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada
kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar
kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil
tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di
buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon
sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng ‘on’kan dan meng’off’kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama ‘on’.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘on’ dan ‘off’ aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi,
maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara ‘3′ di atas.

5.Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang
masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar. Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di ‘3′.

7.Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya
cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan
habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya,saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu ‘bermain’ dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.


MENGHIDUPKAN KERETA APABILA BATERI LEMAH


Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.


PANDUAN MEMANDU KETIKA KECEMASAN

A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:
- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.
- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.
- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain berkenaan.
- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda

TIPS MEMBELI SPAREPART


Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang


TIPS KERETA TENGELAM BANJIR

Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir .

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti
(harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).


ENJIN KERETA DIMASUKI AIR


Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan. Jika keseluruhan kereta dan bahagian enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas banjir surut. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda. Tindakan ini selalunya dilakukan oleh ejen bengkel atau pemilik trak penunda yang tidak bertanggungjawab supaya anda membayar kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Ini kerana apabila enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masihada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.

Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua sensor yang menyalakan suis enjin akan terbakar. Harga sebuah sensor tidaklah mahal, tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi itu boleh menyebabkan kos yang berlipat ganda.

Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan petrol. Selepas kesemua peralatan elektronik kering sepenuhnya (kebiasaannya dua hingga tiga hari), enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Kemudian minyak kotak gear perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada merah jambu. Jika bercampur air, minyak gear perlu ditukar dan enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, minyak kotak gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga lapan kali dan akan menggunakan lebih kurang 15 hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara.


PUNCA PENGGUNAAN PETROL BERTAMBAH

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

MEMERIKSA PUNCA STERENG KERETA BERAT

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.


CARA TERBAIK JIMATKAN PETROL


Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.
Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.


KEBOCORAN

Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.

Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.

Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.



Isnin, 19 Mei 2014

OPERASI : Saman Cermin Gelap Kereta Mulai 16 Jun 2014


Operasi saman kereta cermin gelap mulai 16 Jun 2014 PDRM. Pihak berkuatkuasa akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras pemilik kereta yang tidak mematuhi piawai ketelusan cahaya cermin kenderaan yang ditetapkan oleh JPJ. Selain itu, nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi juga akan turut dikenakan tindakan yang sama.


Ketelusan Cahaya Cermin Kereta Disarankan JPJ
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.


http://1.bp.blogspot.com/_nrU7tHEHMlY/TVRWaK3OptI/AAAAAAAAK0w/3v12IiMCxGA/s1600/1.bmp

Punca Cermin Gelap Diharamkan Di Malaysia
Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek atau penjenayah.

Kadar Kompaun Jika Guna Cermin Gelap
Bermula pada 16 Jun 2014, mana-mana pemilik kenderaan yang ingkar dan masih menggunakan cermin gelap akan disaman atau didenda sebanyak RM300.

Pengecualian Penggunaan Cermin Gelap
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.


Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Operasicermingelapbermula16Jun-Polis/Article/index_html

Sabtu, 22 Mac 2014

PELAMPAU AGAMA, KAUM TIDAK DIPERLU DI PRK BALINGIAN

Mukah: "Saya bukan angkuh mahu menghalang golongan pelampau agama dan perkauman memasuki Sarawak, tetapi keamanan rakyat perlu dipelihara.”

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata beliau bertanggungjawab memastikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini tidak terjejas oleh hasutan puak luar.

Beliau tidak teragak-agak menambah senarai mereka yang dihalang memasuki Sarawak jika hanya bertujuan untuk mencetuskan kekacauan.

Berucap merasmikan Seminar Kepemimpinan Masyarakat Bahagian Mukah di sini, semalam, Adenan berkata, rakyat Sarawak menolak usaha memecah-belah perpaduan mereka.

“Saya harap ketua masyarakat menggunakan kuasa dimiliki untuk mengusir golongan pelampau agama dan kaum yang cuba menghasut penduduk setempat.

“Anda bertanggungjawab memastikan keamanan dan keharmonian penduduk di kampung dan rumah panjang berkekalan.

“Anda berhak mengusir mereka yang cuba menanam sentimen perkauman atau isu agama jika mereka datang ke tempat anda,” katanya.

Berucap pada majlis berasingan di Kampung Petanak, Adenan berkata, pengundi tidak harus menganggap Barisan Nasional (BN) akan meraih kemenangan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac ini.

“Jangan terlalu yakin calon BN (Yussibnosh Balo) akan menang hingga kita tidak keluar mengundi. Pemikiran ini berbahaya kerana boleh membuatkan kita kehilangan undi.

“Saya mahu pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada 29 Mac ini dan beri sokongan padu kepada calon anak tempatan BN untuk meneruskan pembangunan di Balingian,” katanya.


Khamis, 6 Mac 2014

Dimana pembangunan yang dilaksana oleh PAS Tanjung Manis?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada saudara dan saudari yang sudi membaca nukilan ini. Sebelum itu, penulis ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum penulis meneruskan nukilan ini. Penulis menggelar diri ini suaraduniawi. Panggil sahaja penulis sebagai Sd.

Tanpa disedari sudah hampir setahun Pilihan Raya Umum ke-13 berlalu. Sd tidak mahu menyentuh mengenai kepimpinan di seluruh Sarawak. Mungkin ada dikalangan pembaca yang masih belum mengetahui pemilihan wakil rakyat di parlimen Tanjung Manis.

Pada bulan April 2013, parlimen Tanjung Manis melihatkan pertandingan diantara calon Barisan Nasional ditentang hebat oleh calon PAS Tanjung Manis. Barisan Nasional mengekalkan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Norah Binti Tun Abdul Rahman. Manakala PAS Tanjung Manis diwakili calon mereka iaitu Jurina Binti Mut.



Jurina Bt Mut
Wakil PAS Tanjung Manis
 
Walaupun begitu, kerusi parlimen tersebut dapat dikekalkan oleh Barisan Nasional. Semenjak kemenangan ini pihak kerajaan meneruskan pelaksanaan pembangunan yang telah dirancang. Janji yang telah diucapkan dilihat tidak dimungkiri.

Salah satu isu utama penduduk di parlimen ini bakal diselesaikan setelah pihak kerajaan melaksanakan projek loji air di Tanjung Manis dimana kos pembinaan loji tersebut hampir memakan RM 1 bilion.

Persoalannya dimana pembangunan yang dibawa oleh pihak PAS Tanjung Manis? Dimana janji yang telah diucapkan? Adakah hilang bersama calonnya? Sedangkan penduduk di parlimen ini masih kehausan pada pembangunan.

Sd melihat penduduk di parlimen ini telah membuat keputusan yang terbaik dengan memilih pihak yang mampu membangunkan kawasan mereka.

Rabu, 5 Mac 2014

Kelayakan Piala Asia 2015



SKUAD Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed, Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Namun Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C.


Yaman berpeluang mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid Mohammed Al-Khyat.

Pemain sayap Mohd Amri Yahyah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.



Antara gelagat penyokong skuad bola sepak Malaysia

Yaman hampir mengikat kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.


Bagaimanapun usaha pasukan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan rembatan yang menggegar gawang negara.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.


Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol untuk kemenangan Malaysia ke atas Yaman

Berikutan kemenangan itu, Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Walaupun Malaysia tidak bernasib baik untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, ucapan tahniah patut diberikan kepada pemangku jurulatih skuad bola sepak Malaysia kerana melalui latihan dan taktikal yang dicurahkan oleh Datuk Ong Kim Swee sehingga berjaya memenangi perlawanan perlawanan tersebut di laman lawan.

kisah selanjutnya boleh di ikuti di klik