Ahad, 24 Mei 2015

SIMPTOM KEROSAKAN KIPAS AIRCOND MYVI

Jam ditangan dah menunjukkan 12:30 tengahari. Awal pagi ayah dah telefon nak makan tengahari bersama katanya. Lepas bersiap (lelaki bersiap tak ada la lama, 15 ke 20 minit je) saya terus ambil kunci kereta. Waktu keluar dari tempat parking kereta,saya 'ON' aircond, bukan main sejuk rasanya, tambahan pula waktu panas terik. Tiba-tiba.......

Aircond tidak sesejuk tadi, yang ada hanya rasa angin. Habis kena bawa ayah pergi makan tanpa guna aircond, basah baju dibuatnya. Dalam fikiran terbayang "harap-harap hanya gas aircond yang habis, x sanggup nak keluar duit banyak jikalau compressor yang rosak"

Seminggu pergi ke tempat kerja tanpa menggunakan aircond. Hujan panas kena redah juga. Waktu panas, basah baju dek kerana tanpa aircond. Tambahan pula kereta myvi saya luar dalam hitam. waktu hujan pula, habis berkabus semua cermin.

Pernah cuba 'ON' aircond. Masalahnya kereta kadang-kadang jalan tersengguk-sengguk (macam itik pulang petang pulak...hahahaha). Selain itu, bahagian 'compressor' pula berbunyi kuat. Takut juga dibuatnya, mana la tahu 'compressor' tu rosak nanti komponen lain pula yang rosak sama. Pernah sekali pecut turun ke pejabat takut terlewat....al maklum la kan...selepas solat Jumaat...sedang asyik mengunyah makan tengahari..tup tup dah lewat. Sambung balik cerita tadi...macam novel dah pulak... waktu pecut tu tiba-tiba saya lihat meter temperature naik dari paras biasa..Aduh, saya ter'On' aircond. Tak boleh dibiarkan ni, 'OFF' terus aircond...esok kena pergi bengkel juga la nampaknya...biar la duit melayang asal kerosakan tidak merebak.


Pagi sabtu terus saya ke bengkel. Semalam dah buat appointment sebenarnya. Tibanya ditempat parking depan bengkel 'taukey' dah bagi signal suruh buka bonet depan. Dia suluhkan semua sistem perpaipan aircond. "Aiya, kamu punya fan motor suda rosak ow". Saya terus la tanya berapa kalau nak ganti baru. "saya kasi kamu RM200 la sama pasang". Ok, satu bengkel dah letak harga RM200 sekali pasang. Saya pun apa lagi, terus maklumkan kepada 'taukey' perlu pergi bank dulu. Sebenarnya, saya pergi ke bengkel-bengkel yang lain nak sahkan kerosakan dan tanya harga.'Taukey' bengkel ni maklumkan 'fan motor' sudah rosak. Langkah seterusnya saya pergi ke kedai 'sparepart', "RM200" bawa balik. Maksudnya saya dah buat keputusan akan menghantar kereta ke bengkel yang pertama.


kipas_myvi
BILAH KIPAS YG TIDAK BERPUSING/ROSAK
Pagi isnin saya pergi ke bengkel yang pertama minta ditukar 'fan motor'. 'Taukey' kedai macam lupa pula saya pernah datang hari sabtu yang lepas. Dia menyuruh mekanik menukar dengan 'fan motor' yang baru, brand DENSO. DENSO ni memang sparepart original untuk PERODUA tetapi tak tahu la ketulenan yang ada pada bengkel-bengkel di Malaysia.
MYVI FAN MOTOR

Mekanik yang servis kereta saya itu sempat juga bertanya, "aircond kereta abang ni sekejap sejuk, sekejap panas ke?"

Saya hanya mengangguk tanda 'mengiakan' persoalan yang telah terjawab tempoh hari. Sempat juga mekanik tersebut memberitahu fungsi 'fan motor' untuk kereta. Kipas itu berfungsi untuk menyejukkan enjin, dan juga menyejukkan udara air-cond sebelum ke compressor.

Selesai sahaja mekanik menyiapkan kerjanya, saya terus rasa aircond dalam kereta yang telah 'start sejak mula'. Barulah saya faham dan percaya kerosakan 'fan motor' memang mengganggu sistem 'aircond'. Bunyi yang keluar dari bahagian 'compressor' pun sudah tidak ada lagi. Alhamdulillah hilang sudah keserabutan yang hadir dalam kepala. Saya hulurkan RM200 kepada 'taukey' dan mengucapkan terima kasih kepada mekanik tadi.

Tiada ulasan: