Mukah: "Saya bukan angkuh mahu menghalang golongan pelampau agama dan perkauman memasuki Sarawak, tetapi keamanan rakyat perlu dipelihara.”
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata beliau bertanggungjawab memastikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini tidak terjejas oleh hasutan puak luar.
Beliau tidak teragak-agak menambah senarai mereka yang dihalang memasuki Sarawak jika hanya bertujuan untuk mencetuskan kekacauan.
Berucap merasmikan Seminar Kepemimpinan Masyarakat Bahagian Mukah di sini, semalam, Adenan berkata, rakyat Sarawak menolak usaha memecah-belah perpaduan mereka.
“Saya harap ketua masyarakat menggunakan kuasa dimiliki untuk mengusir golongan pelampau agama dan kaum yang cuba menghasut penduduk setempat.
“Anda bertanggungjawab memastikan keamanan dan keharmonian penduduk di kampung dan rumah panjang berkekalan.
“Anda berhak mengusir mereka yang cuba menanam sentimen perkauman atau isu agama jika mereka datang ke tempat anda,” katanya.
Berucap pada majlis berasingan di Kampung Petanak, Adenan berkata, pengundi tidak harus menganggap Barisan Nasional (BN) akan meraih kemenangan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac ini.
“Jangan terlalu yakin calon BN (Yussibnosh Balo) akan menang hingga kita tidak keluar mengundi. Pemikiran ini berbahaya kerana boleh membuatkan kita kehilangan undi.
“Saya mahu pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada 29 Mac ini dan beri sokongan padu kepada calon anak tempatan BN untuk meneruskan pembangunan di Balingian,” katanya.
Sabtu, 22 Mac 2014
Khamis, 6 Mac 2014
Dimana pembangunan yang dilaksana oleh PAS Tanjung Manis?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada saudara dan saudari yang sudi membaca nukilan ini. Sebelum itu, penulis ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum penulis meneruskan nukilan ini. Penulis menggelar diri ini suaraduniawi. Panggil sahaja penulis sebagai Sd.
Tanpa disedari sudah hampir setahun Pilihan Raya Umum ke-13 berlalu. Sd tidak mahu menyentuh mengenai kepimpinan di seluruh Sarawak. Mungkin ada dikalangan pembaca yang masih belum mengetahui pemilihan wakil rakyat di parlimen Tanjung Manis.
Pada bulan April 2013, parlimen Tanjung Manis melihatkan pertandingan diantara calon Barisan Nasional ditentang hebat oleh calon PAS Tanjung Manis. Barisan Nasional mengekalkan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Norah Binti Tun Abdul Rahman. Manakala PAS Tanjung Manis diwakili calon mereka iaitu Jurina Binti Mut.
Jurina Bt Mut Wakil PAS Tanjung Manis |
Walaupun begitu, kerusi parlimen tersebut dapat dikekalkan oleh Barisan Nasional. Semenjak kemenangan ini pihak kerajaan meneruskan pelaksanaan pembangunan yang telah dirancang. Janji yang telah diucapkan dilihat tidak dimungkiri.
Salah satu isu utama penduduk di parlimen ini bakal diselesaikan setelah pihak kerajaan melaksanakan projek loji air di Tanjung Manis dimana kos pembinaan loji tersebut hampir memakan RM 1 bilion.
Persoalannya dimana pembangunan yang dibawa oleh pihak PAS Tanjung Manis? Dimana janji yang telah diucapkan? Adakah hilang bersama calonnya? Sedangkan penduduk di parlimen ini masih kehausan pada pembangunan.
Sd melihat penduduk di parlimen ini telah membuat keputusan yang terbaik dengan memilih pihak yang mampu membangunkan kawasan mereka.
Rabu, 5 Mac 2014
Kelayakan Piala Asia 2015
SKUAD Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed, Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Namun Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C.
Yaman berpeluang mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid Mohammed Al-Khyat.
Pemain sayap Mohd Amri Yahyah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.
Antara gelagat penyokong skuad bola sepak Malaysia |
Yaman hampir mengikat kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.
Bagaimanapun usaha pasukan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan rembatan yang menggegar gawang negara.
Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.
Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol untuk kemenangan Malaysia ke atas Yaman |
Berikutan kemenangan itu, Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh mata.
Walaupun Malaysia tidak bernasib baik untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, ucapan tahniah patut diberikan kepada pemangku jurulatih skuad bola sepak Malaysia kerana melalui latihan dan taktikal yang dicurahkan oleh Datuk Ong Kim Swee sehingga berjaya memenangi perlawanan perlawanan tersebut di laman lawan.
kisah selanjutnya boleh di ikuti di klik
Langgan:
Catatan (Atom)